DUA 6022 KOMUNIKASI DAN PENYIARAN DALAM ISLAM
TAJUK E-FOLIO :
AMALAN SEMANGAT KEJIRANAN PENTING DALAM MENGURANGKAN KADAR
PENYAJAH SETEMPAT.BINCANGKAN KONSEP KEJIRANA YANG SEBENAR.
NAMA PENSYARAH :
EN KAMAL HISHAM BIN ABDUL HALIM
NAMA AHLI KUMPULAN :
NAMA
KUMPULAN
|
NO
MATRIK
|
AINATUL ATHIRAH BINTI AZMAN
|
02EAT14F2014
|
NURUL IZZATY BINTI MANSOR
|
02EAT14F2015
|
MUHAMMAD KHAIRUL ANWAR BIN MOHD ZAMRI
|
02DAT14F2022
|
VISHITAA A/P MUNIANDY
|
02EAT14F2008
|
VAITHESVARI A/P RAJENDRAN
|
02DAT142029
|
PENGENALAN
Salah satu daripada ajaran Islam yang amat penting bagi menjamin kesejahteraan hidup bermasyarakat ialan amalan hidup berjiran. Secara fitrahnya, manusia tidak boleh hidup seorang diri atau mengasingkan diri. Oleh itu, Islam telah menekankan kepentingan menjalinkan hubungan dalam kalngan masyarakat sekeliling. Hubungan yang baik dapat membentuk sifat saling membantu, bekerjasama, saling menyayangi, menghormati dan sebagainya. Islam amat menitikberatkan hubungan kejiranan. Hal ini kerana, hidup berjiran merupakan salah satu cara hidup Islam. Dalam konteks kejiranan, umat Islam perlu saling menghormati dan sentiasa menjaga keselamatan diri dan harta benda. Hubungan baik sesama jiran perlu sentiasa dijaga seperti yang dituntut dalam agama.
Didalam kehidupan bermasyarakat, kita tidak terlepas daripada mempunyai semangat kejiranan. Peribahasa Melayu juga ada menyebut ‘Ibarat aur dengan tebing’, peribahasa tersebut dapat menggambarkan betapa rapat dan utuhnya silaturahim didalam kehidupan bermasyarakat. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, semangat membawa maksud perasaan hati atau perasaan manakala jiran pula membawa maksud orang yang tinggal berhampiran dengan rumah seseorang tetangga.
Manakala dari segi istilah syarak, jiran bermaksud orang yang tinggal berdekatan dengan rumah kita samada di kanan, kiri, depan ,belakang, atas mahupun ditingkat bawah hingga 40 biah rumah dari setiap penjuru. Dalam perkataan Arab, jiran membawa maksud orang yang tinggal sebelah menyebelah atau tetangga. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa semangat kejiranan membawa erti satu suasana dan perhubungan yang positif dalam satu-satu kawasan kejiranan.
Jiran ialah orang yang paling hampir dengan kita selain daripada keluarga kita sendiri. Jiran sangat penting kerana merekalah yang akan menjadi sahabat kita dan orang yang akan membantu kita sekiranya kita berada didalam kesusahan. Pepatah Melayu ada menyatakan bahawa ‘ Jiran sepakat membawa berkat’. Jadi kita perlulah membangkitkan semula semangat kejiranan yang semakin tipis dalam kalangan masyarakat kita hari ini terutamanya masyarakat kota supaya kita lebih bersatu hati.
Dalam e-folio ini memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai konsep kejiranan yang sebenar.Disebabkan pada zaman sekarang, konsep kejiranan dalam masyarakat semakin pupus dari masa ke masa. Ini disebabkan semua orang pada masa ini telah sibuk mengejar kejayaan sampai terhampir lupa kepentingan kejiranan. Oleh itu , dalam e-folio ini akan mendedahkan semangat kejiranan, punca punca semangat kejiranan yang semakin luntur, langkah-langkah memupuk semangat kejiranan,kepenting semangat kejiranan dan kebaikan kejiranan dalam masyarakat.
SEMANGAT KEJIRANAN
Jiran merupakan orang yang tinggal
berdekatan dan berhampiran dengan kita.Ini dapat memupuk persefahaman dan dapat
menyatupadukan masyarakat yang terdiri pelbagai kaum dinegara kita. Pada zaman
dahulu,hubungan kejiranan sangat rapat bagaikan saudara sendiri. Bak pepatah
‘bagai aur dengan tebing’ berbeza dengan zaman kini yang begitu sibuk dengan
hal sendiri. Bak kata pepatah ‘bagai enau dalam belukar,melepaskan pucuk
masing-masing’
Apabila kita mempunyai semangat
kejiranan ia merupakan aspek yang penting dalam kehidupan. Jiran haruslah
mempunyai sifat dan semangat untuk menjadikan sebuah masyarakat yang lebih
baik.kata pepatah bersatu kita teguh,bercerai kita roboh.. Perpaduan wujud
apabila semangat kejiranan yang terjalin.Perpaduan yang teguh menjadi dasar
pembangunan negara ke arah yang lebih maju tahun 2020 untuk mencapai status
negara maju.Jiran sepakat membawa berkat.kata-kata ini membawa kesepakatan yang
lebih baik.
Semangat kejiranan dapat melahirkan
masyarakat yang harmoni dan sejahtera. Adanya nilai yang baik,saling tolong
menolong,saling bertegur sapa dan menjaga keselamatan.ia dapat mewujudkan satu
suasana yang aman dan harmoni. Antara perkara yang boleh kita lakukan untuk
mengeratkan silaturrahim dengan mengadakan gotong royong. Masyarakat dapat
menghulurkan bantuan antara satu sama lain bagi membersihkan kawasan
persekitaran yang lebih bersih. Hubungan kejiranan bagaikan aur dengan tebing
dapat mewujudkan suasana aman dan harmoni.
Seterusnya, semangat kejiranan yang
teguh dapat melahirkan masyarakat lebih cekap.Hubungan yang baik dapat
menjadiakan hubungan mereka lebih akrab. Semua pekerjaan dapat dilaksankan
dengan lebih teratur,berkerjasama dan lebih cepat mudah. Ia dapat menghasilkan
kualiti kerja yang lebih baik. Semangat kejiranan dapat mewujudkan masyarakat
yang bersatu padu dan perpaduan yang teguh..Di Malaysia terdapat pelbagai kaum
dan agama antaranya bangsa
melayu,cina,india dan bangsa lain dalam sesebuah masyarakat. Setiap kaum
mempunyai adat dan tradisi masing-masing.
Akhir sekali, semangat kejiranan
dapat menjadikan rumah kita lebih selamat daripada ancaman jenayah.Adanya
mereka, kawasan perumahan kita dijaga dengan lebih ketat dengan tertubuhnya
persatuan jiran tetangga. Mereka akan membuat rondaan secara bergilir-gilir
bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini terus berlaku. Dengan adanya
rondaan,keselamatan penduduk lebih terjamin dan ibu dan bapa tidak perlu lagi
risau untuk melepaskan ank-anak bermain disekitar rumah. Kejadian seperti
mencuri,merompak,dan menculik dapat dielakkan
dan dikurangkan. Kesimpulannya,masyarakat yang sepakat membawa berkat
dalam kehidupan kita seharian..dapat meningkatkan tahap keselamatan yang lebih
baik.
JENIS ATAU PEMBAHAGIAN JIRAN
JENIS-JENIS JIRAN
Kejiranan amat penting didalam
pembentukkan tamadun Islam selepas pembentukan sahsiah individu dan keluarga.
Menghormati jiran dan pengamalan mereka selagimana tidak membawa kemudaratan.
Sekalipun jiran tersebut bukanlah beragama Islam maka menghormati dan tidak
menggangu pengamalan mereka seperti orang-orang beragama Hindu akan meletakkan
tokong mereka diluar rumah, maka hormatilah kerana selagi ia tidak membawa
bahaya. Didalam agama Islam, jiran dibahagikan kepada tiga kategori dan haknya
yang tersendiri. Ia terdiri daripada;
. Jiran Sesama Muslim Yang
Mempunyai Hubungan Persaudaraan
Jiran sesama muslim yang mempunyai
hubungan persaudaraan ialah saudara terdekat kita, oleh itu, jika kita
mempunyai jiran jenis yang pertama ini, mereka berhak mendapat layanan sebagai
seorang muslim, kerabat serta sebagai seorang jiran.
Jiran Muslim Yang Tidak
Mempunyai Hubungan Persaudaraan
Walaupun mereka bukan terdiri daripada
darah daging kita atau suadara kira, tetapi kita perlulah menghormati mereka
dan sentiasa bersikap baik kerana mereka mempunyai hak sebagai seorang muslim
dan sebagai seorang jiran.
Jiran Bukan Islam
Jiran yang bukan beragama Islam, tidak
boleh diangga sebagai musuh. Hal ini kerana mereka tetap mempunyai hak sebagai
seorang jiran. Oleh itu kita masih perlu menghormati mereka dan tidak
menyakitki mereka seperti sabda Nabi Muhammad S.A.W;
“ Barang siapa yang menyakiti orang
asing, bererti dia menyakiti diriku, dan barang siapa yang menyakiti aku
bererti dia menyakiti Allah.”
ADAB
BEJIRAN MENURUT ISLAM
Adab bersosial mengikut perspektif Islam
amat menekankan fungsi lidah kerana lidah akan menghasilkan perbicaraan dan
akan menentukan samada individu tersebut berbicara tentang perkara yang baik
atau tidak. Dengan itu, semangat kejiranan dapat dipupuk sedikit demi sedikit
apabila ahli masyarakat saling horamat menghormati dengan menjaga adab
percakapan atau bersosial. Allah S.W.T telah berfirman didalam surah al-Muknin
ayat 1-3 yang bermaksud,
‘Sesungguhnya telah berjaya orang yang
beriman iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya, orang yng menjauhi daripada
perbicaraan yang tidak berguna.’
Selain itu, Islam juga
menggariskan panduan kepada setiap muslim untuk sentiasa memulikan jiran.
Antaranya memuliakna jiran ialah sentiasa menghormati jiran dan sentiasa berbaik
sangka sesama jiran. Hormat menghormati disini membawa erti mempunyai pandangan
yang tinggi terhadap seseorang dengan memberikan layanan yang penuh sopan,
khidmat dan takzim. Manakala berbaik sangka ialah sentiasa berfikiran fositif
kepada jiran tetangga.
“ Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW
bersabda ; Sesiapa yang beriman dengan Allah dan akhirat, maka hendaklah ia
memuliakan jirannya”
PUNCA-PUNCA SEMANGAT KEJIRANAN
SEMAKIN LUNTUR
Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan semangat
kejiranan semakin luntur,antaranya perubahan gaya hidup masyarakat yang terlalu
sibuk dengan hal sendiri serta sibuk mencari rezeki masing-masing. Tiada lagi
masa untuk berborak dan saling tegur menegur antara satu sama lain. Kos sara
yang tinggi menyebabakan masyarakat mengejar kekayaan yang perlu mencari duit
lebih sehingga bekerja lewat malam. Akibatnya, mereka keletihan dan kesuntukan
masa dan tiada lagi masa untuk berjiran.Tidak bertegur sapa. Berbeza dengan
zaman dahulu yang saling memerlukan kerjasama antara mereka untuk mencari
sesuap nasi seperti melakukan pekerjaan bercucuk tanam,pertanian dan
sebagainya.
Seterusnya,
kemajuan dalam bidang teknologi atau media massamerupakan factor lunturnya
kejiranan. Masyarakat sekarang terlalu asyik menggunakan kemudahan tersebut dan
tidak memerlukan mereka untuk keluar dan bersusah payah untuk
mendapatkannnya.Dengan adanya kemudahan yang lebih canggih mereka tidak
hiraukan orang sekeliling dan budaya sebegini menyebabkan amalan
kunjung-mengunjungi sesame jiran semakin berkurangan. Ini menyebabkan
komunikasi dan sikap ramah-tamah kurang dalam pergaulan antara satu sama lain.
Mereka lebih gemar berkomunikasi dengan kemudahan canggih tersebut.
Disamping
itu, arus pembangunan yang semakin pesat menyebabkan negara menjadi punca
semangat kejiranan berkurangan. Mereka lebih banyak menghabiskan masa dengan
mengunjungi tempat berkaroke,membeli-belah ,taman permainan dan sebagainya.
Kita haruslah mengurangkan masyarakat yang mementingkan diri sendiri dengan
tidak bergaul sesame jiran. Ini akan menyebabkan masyarakat tidak akan berjaya
kerana perpaduan mereka amatlah rapuh dan mudah dipengaruhi anasir luar. Kesimpulannya.
Pembangunan yang begitu pesat akan melanda negara menjadi punca lunturnya
semangat kejiranan.dalam masyarakat kini.
LANGKAH-LANGKAH MEMUPUK SEMANGAT KEJIRANAN
Perpaduan
merupakan antara elemen terpenting dalam pembentukan sesebuah negara yang
harmoni.Perpaduan ini dapat dipupuk dengan semangat kejiranan yang
utuh.Sememangnya tidak dapat disangkal bahawa masyarakat yang bersatu padu
bermula dengan adanya semangat kejiranan yang tersemai dalam jiwa. Oleh
itu,setiap individu haruslah memiliki semangat kejiranan yang tinggi demi
mengekalkan keharmonian dan kemakmuran negara yang berbilang kaum. Namun
begitu,semangat kejiranan semakin luntur dalam kalangan masyarakat kini.
Justeru,senario ini haruslah disusuli dengan langkah yang efektif supaya dapat
dibendung sebelum masalah seumpama ini terus menular menjadi barah yang akan
menjejaskan keharmonian negara.
Antara langkah
yang boleh diambil dalam usaha memupuk semangat kejiranan termasuklah
mengamalkan amalan ziarah-menziarahi.Amalan ini dapat mengeratkan hubungan
silaturahim sesama jiran. Malah,amalan ziarah-menziarahi ini sangat digalakkan
dalam Islam. Misalnya,apabila jiran bertandang ke rumah,sudah semestinya kita
akan menyambut baik kedatangan mereka dan melayan mereka dengan penuh adab
sopan. Hal ini seterusnya akan melahirkan rasa hormat dan kasih sayang sesama
individu. Oleh itu,amalan ziarah-menziarahi wajar dibudayakan dalam masyarakat.
Selain itu,semangat kejiranan
dapat turut dipupuk melalui amalan gotong-royong. Amalan gotong-royong
sememangnya membawa banyak manfaat kepada masyarakat.Hal ini kerana apabila
segolongan masyarakat bersatu menjalankan aktiviti gotong-royong membersihkan
kawasan perumahan, mereka bukan sahaja dapat memelihara kebersihan tempat
kediaman mereka malah dapat mengeratkan hubungan sekaligus memupuk semangat
kerjasama.Di samping itu, nilai kerjasama dan masyarakat yang prihatin juga
dapat diwujudkan. Justeru,masyarakat mestilah melibatkan diri dalam aktiviti
seumpama ini untuk kebaikan bersama.
Tambahan pula,rumah-rumah
terbuka yang lazimnya diadakan ketika musim perayaan wajar dilihat sebagai satu
langkah yang efektif dalam usaha memupuk semangat kejiranan. Negara kita yang
mempunyai masyarakat yang berbilang kaum membolehkan kita melihat pelbagai
jenis adat dan budaya. Apabila rumah terbuka diadakan,masyarakat akan dapat
mengenali adat dan budaya kaum lain. Hal ini akan dapat mewujudkan persefahaman
dan sekaligus mengelakkan perselisihan faham yang boleh menjejaskan perpaduan
kaum. Oleh itu,amalan rumah terbuka ini wajar diteruskan dalam masyarakat.
Akhir sekali,
semangat kejiranan yang semakin luntur tidak wajar dipandang enteng.Sebaliknya,
perlulah dianggap sebagai satu perkara yang sangat penting dalam
masyarakat.Kerajaan haruslah terus melakukan usaha-usaha yang boleh mengukuhkan
lagi perpaduan dalam masyarakat di negara kita.Sebesar rumah bermula dengan
seketul bata. Oleh itu,perpaduan kaum haruslah bermula semangat kejiranan yang
utuh.
KEPENTINGAN SEMANGAT KEJIRANAN
Semangat kejiranan merupakan aspek yang penting dalam kehidupan.Ianya perlu diterapkan dalam diri dan seluruh masyarakat.Jiran perlualah mempunyai semangat dalam menjadikan sesebuah masayrakat yang lebih baik.Kita perlu memelihara semangat kejiranan kerana ianya dapat mengukuhkan lagi ukhuwwah dalam sesebuah masyarakat.Bermula daripada semangat kejirana inilah terjalinnya perpaduan yang teguh.Perpaduan yang teguh menjadi dasar pembangunan negara ke erah yang lebih baik serta mencapai status negara maju. Jiran Sepakat Membawa Berkat, kata-kata ini menunjukkan bahawa kesepakatan dalam masyarakat dapat menghasilkan sesuatu yang baik. Semangat kejiranan mempunyai banyak kepentingan kepada masyarakat.Apakah kepetingan-kepentingan tersebut?
Semangat kejiranan dapat melahirkan masyarakat yang harmoni dan sejahtera.Masyarakat yang mengamalkan sifat yang baik seperti tolong-menolong, saling bertegur sapa dan menjaga keselamatan masyarakat dapat mewujudkan satu suasana yang tenang dan aman.Masyarakat harus melakukan perkara yang baik mengekalkan keamanan yang terpelihara. Tamsilan yang jelas dapat dilihat dalam aktiviti bergotong-royong, masyarakat sentiasa menghulurkan bantuan antara satu sama lain dalam membersihkan kawasan perumahan. Hubungan jiran bagai aur denagn tebing dapat meningkatkan lagi semangat kejiranan dalam sesebuah masyarakat.Sejajar dengan hal ini, masyarakat dapat menjalani kehidupan dalam suasana aman dan harmoni.
Selain itu, semangat kejiranan yang teguh dapat menjadikan sesebuah masyarakat itu lebih cekap dalam melaksanakan sesebuah program.Hubungan mereka amat akrab dan boleh meningkatkan ramai kenalan dalam sesebuah masyarakat.Sesuatu pekerjaan dapat dilaksanakan dengan cepat dan lancar dengan bantuan ramai pihak.Jika masyarakat bertindak bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing, sesuatu pekerjaan atau program tidak dapat dilaksanakan dengan cekap. Contohnya, jiran membantu jiran yang lain dalam mengadakan kenduri dengan bersama-sama menyediakan makanan untuk tetamu dan mendirikan khemah untuk para tetamu. Lantaran itu, pekerjaan dapat diselesaikan dengan mudah.Bukan itu sahaja, hubungan yang erat dapat diwujudkan ketika melakukan pekerjaan bersama-sama.Masyarakat yang memupuk semangat kejiranan dapat melaksanakan sesuatu pekerjaan dengan lebih cekap dan menghasilkan sesuatu yang lebih baik.
Di samping itu, masyarakat juga boleh memupuk semangat perpaduan.Semangat kejiranan yang mantap dapat mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan perpaduan yang teguh. Perpaduan juga sama pentingnya seperti semangat kejiranan. Kehidupan negara Malaysia memerlukan perpaduan yang teguh.Hal yang demikian, Malaysia mempunyai pelbagai kaum dan agama.Negara kita dikagumi seluruh dunia kerana mempunyai perpaduan yang erat. Perkara ini dapat dibuktikan dengan kehadiran bangsa Melayu, Cina, India dan bangsa lain dalam sesebuah masyarakat. Setiap kaum perlu mengetahui adat dan tradisi kaum lain untuk mengelakkan daripada menimbulkan isu sensitif. Semangat kejiranan yang mantap dapat mengelakkan situasi ini daripada berlaku kerana hubungan yang erat antara kaum.Oleh itu, masyarakat perlu mempunyai semangat kejiranan yang tinggi supaya dapat mewujudkan perpaduan yang teguh.
KEPENTINGAN SEMANGAT KEJIRANAN
Semangat kejiranan merupakan aspek yang penting dalam kehidupan.Ianya perlu diterapkan dalam diri dan seluruh masyarakat.Jiran perlualah mempunyai semangat dalam menjadikan sesebuah masayrakat yang lebih baik.Kita perlu memelihara semangat kejiranan kerana ianya dapat mengukuhkan lagi ukhuwwah dalam sesebuah masyarakat.Bermula daripada semangat kejirana inilah terjalinnya perpaduan yang teguh.Perpaduan yang teguh menjadi dasar pembangunan negara ke erah yang lebih baik serta mencapai status negara maju. Jiran Sepakat Membawa Berkat, kata-kata ini menunjukkan bahawa kesepakatan dalam masyarakat dapat menghasilkan sesuatu yang baik. Semangat kejiranan mempunyai banyak kepentingan kepada masyarakat.Apakah kepetingan-kepentingan tersebut?
Semangat kejiranan dapat melahirkan masyarakat yang harmoni dan sejahtera.Masyarakat yang mengamalkan sifat yang baik seperti tolong-menolong, saling bertegur sapa dan menjaga keselamatan masyarakat dapat mewujudkan satu suasana yang tenang dan aman.Masyarakat harus melakukan perkara yang baik mengekalkan keamanan yang terpelihara. Tamsilan yang jelas dapat dilihat dalam aktiviti bergotong-royong, masyarakat sentiasa menghulurkan bantuan antara satu sama lain dalam membersihkan kawasan perumahan. Hubungan jiran bagai aur denagn tebing dapat meningkatkan lagi semangat kejiranan dalam sesebuah masyarakat.Sejajar dengan hal ini, masyarakat dapat menjalani kehidupan dalam suasana aman dan harmoni.
Selain itu, semangat kejiranan yang teguh dapat menjadikan sesebuah masyarakat itu lebih cekap dalam melaksanakan sesebuah program.Hubungan mereka amat akrab dan boleh meningkatkan ramai kenalan dalam sesebuah masyarakat.Sesuatu pekerjaan dapat dilaksanakan dengan cepat dan lancar dengan bantuan ramai pihak.Jika masyarakat bertindak bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing, sesuatu pekerjaan atau program tidak dapat dilaksanakan dengan cekap. Contohnya, jiran membantu jiran yang lain dalam mengadakan kenduri dengan bersama-sama menyediakan makanan untuk tetamu dan mendirikan khemah untuk para tetamu. Lantaran itu, pekerjaan dapat diselesaikan dengan mudah.Bukan itu sahaja, hubungan yang erat dapat diwujudkan ketika melakukan pekerjaan bersama-sama.Masyarakat yang memupuk semangat kejiranan dapat melaksanakan sesuatu pekerjaan dengan lebih cekap dan menghasilkan sesuatu yang lebih baik.
Di samping itu, masyarakat juga boleh memupuk semangat perpaduan.Semangat kejiranan yang mantap dapat mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan perpaduan yang teguh. Perpaduan juga sama pentingnya seperti semangat kejiranan. Kehidupan negara Malaysia memerlukan perpaduan yang teguh.Hal yang demikian, Malaysia mempunyai pelbagai kaum dan agama.Negara kita dikagumi seluruh dunia kerana mempunyai perpaduan yang erat. Perkara ini dapat dibuktikan dengan kehadiran bangsa Melayu, Cina, India dan bangsa lain dalam sesebuah masyarakat. Setiap kaum perlu mengetahui adat dan tradisi kaum lain untuk mengelakkan daripada menimbulkan isu sensitif. Semangat kejiranan yang mantap dapat mengelakkan situasi ini daripada berlaku kerana hubungan yang erat antara kaum.Oleh itu, masyarakat perlu mempunyai semangat kejiranan yang tinggi supaya dapat mewujudkan perpaduan yang teguh.
Seterusnya,
semangat kejiranan dapat menjadikan sesebuah kawasan itu selamat.Kawasan
perumahan perlu ditingkatkan keselamatannya supaya keamanan dalam sesebuah
masyarakat terjamin.Kejadian seperti mencuri, merompak dan menculik sering
berlaku dalam kawasan perumahan.Masyarakat harus meningkatkan keselamatan
kawasan tersebut untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini
berlaku.Masyarakat boleh menubuhkan persatuan jiran tetangga dengan membuat
rondaan pada waktu malam.Dengan itu, keselamtan penduduk terjamin. Ibu bapa
akan berasa lebih senang melepaskan anak-anak bermain di sekitar kawasan
perumahan. Kejadian seperti mencuri, merompak dan menculik dapat dielakkan dan
dikurangkan.Kesimpulannya, kesepakatan masyarakat dalam membuat sesuatu perkara
dapat meningkatkan tahap keselamatan sesebuah masyarakat.
Semangat
kejiranan dalam sesebuah masyarakat dapat menarik minat pelancong untuk datang
bercuti di Malaysia.Malaysia yang mempunyai perpaduan yang teguh akibat
semangat kejiranan masyarakat pelbagai kaum menarik minat warga asing untuk
melihat sendiri perpaduan kaum tersebut.Pelancong memerhati sikap masyarakat
Malaysia yang baik dan mempunyai hubungan yang erat antara kaum mengagumkan
mereka.Semangat kejiranan yang mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni dan
aman sejahtera dapat meningkatkan lagi ekonomi Malaysia dengan kedatangan
pelancong.Oleh itu, semaangat kejiranan bukan shaja bertumpu kepada sesebuah
masyarakat tetapi ianya juga mendatangkan kebaikan kepada negara.
Secara
kesimpulannya, terdapat banyak kepentingan yang diperoleh daripada semangat
kejiranana.Semangat kejiranan amat penting dalam melahirkan masyarakat harmoni,
suasana yang aman dan perpaduan yang teguh.Kepentingan semangat kejiranan
membawa kebaikan kepada diri masyarakat dan negara.Masyarakat yang maju dalam
semua aspek seperti rohani, intelektual dan adab dapat menjadikan Malaysia
sebagai sebuah negara yang maju.Untuk mencapai Wawasan 20200, kerjasama semua
pihak amat digalakkan supaya dapat merealisasikan perkara ini.Semangat
kejiranan yang rapuh tidak menjamin keamanan negara dan memerlukan kesepakatan
rakyat Malaysia seperti Jiran Sepakat Membawa Berkat.Oleh itu, semangat
kejiranan amat penting dalam kehidupan bermasyarakat.
KEBAIKAN MENGAMALKAN SEMANGAT KEJIRANAN
Antara kebaikan
semangat kejiranan ialah kita akan mudah mendapat bantuan jika kita menghadapi
sesuatu masalah. Seperti yang kita sedla maklum bahawa kehidupan kita tidak
dapat lari daripada perkara luar dugaan seperti kebakaran, kemalangan atau
kematian. Jika kita menghadapi sesuatu bencana
sudah tentunya jiranlah orang yang paling cepat dapat membantu kita.
Begitu juga jlka kita sakit, jiranlah
yang kita harapkan untuk menghantar kita ke klinik atau hospital bagi
mendapatkan rawatan.
Selain itu,
semangat kejiranan yang terjalin akan menjamin keselamatan tempat tinggal kita.
Semangat kejiranan akan mendorong jiran kita menjaga keselamatan tempat tinggal
kita. Jika jiran kita mendapati ada orang yang tidak dikenali datang atau
memasuki rumah kita pada waktu kita tiada di rumah, jiran pasti akan
menghubungi kita. Contoh pada musim perayaan, jika kita pulang ke kampung untuk
menziarahi rumah saudara-mara, jiranlah orang yang kita harapkan dapat membantu
menjaga rumah kita.
Kebaikan lain
semangat kejiranan ialah jiran akan dapat membantu kita dalam menjayakan majlis
keramaian. Majlis keramaian yang kita adakan kadangkala memerlukan bantuan
jiran di sekeliling kita.Dengan adanya bantuan jiran ini majlis tersebut
menjadi ringan dan Berjaya dilaksanakan.
Semangat
kejiranan yang terjalin juga membolehkan gejala negatif di tempat tinggal kita
dicegah. Jiran yang baik, pastinya dapat mendidik dan menasihati anak mereka agar tidak melakukan perkara
negatif yang boleh mengganggu ketenteraman membuat bising dan perkara berbahaya
di kawasan kejiranan
Di samping itu,
semangat kejiranan membantu memupuk semangat perpaduan dikalangan rakyat dalam Negara kita.
Perpaduan yang terjalin akan membolehkan rakyat hidup dalam keadaan aman dan
damai.
Nyatalah
semangat kejiranan banyak memberi manfaat baik kepada diri sendiri, penduduk
setempat dan masyarakat umumnya. Manfaat yang lebih besar lalah semangat
kejiranan ini dapat mendorong terjalinnya hubungan baik antara kaum dan membawa
kepada perpaduan kaum.
KESIMPULAN
Sebagai kesimpulan, hubungan yang lebih erat antara jiran dalam masyarakat merupakan ciri masyarakat yang berkualiti dan prodaktif. Selain itu,perpaduan juga dalah kunci kemakmuran dan sejahteraan negara. Tanpa perpaduan negara kita mungkin akan berpecah belah,dan masyarakat tidak dapat hidup dalam keadaan aman dan aman. Perpaduan yang lahir daripada hubungan baik sesama jiran. Jiran yang baik memupuk semangat tolenrasi,saling mempercayai,saling tolong menolong dan mengamalkan sikap bertanggungjawab sesama mereka. Jika tidak dijaga ini akan menjadi permusuhan dan akhirnya membawa kepada perbalahan dan perpecahan negara. Oleh yang demikian,semangat kejiranan memainkan peranan yang amat penting dalam menjana kehidupan yang sempurna,aman dana harmoni.
Adanya semangat kejiranan menjadikan budaya masyarakat di Malaysia menjadi lebih unik pandangan orang luar negara. Tuntasnya, semangat kejiranan dapat mengkekalkan keharmonian dalam kalangan rakyat malah memberi sumbangan cukup besar bagi memastikan Malaysia terus cemerlang,gemilang dan terbilang pada masa hadapan. Ini menjadi modal insan kearah kegemilangan negara.
Kesimpulannya, pentingnya peranan jiran dalam menentukan kemakmuran dan kesejahteraan sesebuah negara. Hanya negara yang aman dan makmur sejahtera sahaja akan dapat meneruskan agenda yang lebih gemilang dan terbilang pada masa akan datang.
LAMPIRAN
RUJUKAN
http://nomiesyaza.blogspot.my/2012/04/semangat-kejirana.html
http://due6022komunikasiislam.blogspot.my/
Buku Aura Kejiranan.
Buku Kejiranan dan Kesejahteraan
Buku Mengukuhkan Semangat Kejiranan
No comments:
Post a Comment