DUA
6022: KOMUNIKASI DAN PENYIARAN DALAM ISLAM
E-FOLIO
TAJUK
E – FOLIO : AMALAN SEMANGAT KEJIRANAN PENTING DALAM MENGURANGKAN KADAR JENAYAH SETEMPAT.
KELAS: DAT5B
SESI : DISEMBER 2016
NAMA PENSYARAH: ENCIK KAMAL HISAM BIN
ABDUL HALIM
AHLI KUMPULAN:
NAMA KUMPULAN
|
NO MATRIK
|
AINATUL
ATHIRAH BINTI AZMAN
|
02EAT14F2014
|
NURUL
IZZATY BINTI MANSOR
|
02EAT14F2015
|
MUHAMMAD
KHAIRUL ANWAR BIN MOHD ZAMRI
|
02DAT14F2022
|
VISHITAA
A/P MUNIANDY
|
02EAT14F2008
|
VAITHESVARI
A/P RAJENDRAN
|
02DAT142029
|
ISI KANDUNGAN
NO.
|
KANDUNGAN
|
MUKA
SURAT
|
1.
|
PENGENALAN
|
1
|
2.
|
ISI - ISI PENTING
|
2-19
|
1.1 SEMANGAT KEJIRANAN
|
2-3
|
|
1.2 LANGKAH- LANGKAH MEMUPUK SEMANGAT KEJIRANAN
|
4-5
|
|
1.3 PUNCA-PUNCA SEMANGAT
KEJIRANAN SEMAKIN LUNTUR
|
6
|
|
1.4 KEPENTINGAN SEMANGAT
KEJIRANAN
|
7-9
|
|
1.5 KEBAIKAN MENGAMALKAN
SEMANGAT KEJIRANAN
|
10
|
|
1.6 LANGKAH-LANGKAH MEMUPUK
SEMANGAT KEJIRANAN
|
11-12
|
|
1.7 KEPENTINGAN SEMANGAT
KEJIRANAN
|
13-15
|
|
1.8 KEBAIKAN MENGAMALKAN
SEMANGAT KEJIRANAN
|
16
|
|
1.9 ADAB-ADAB HAN HAK-HAK JIRAN
|
17-19
|
|
3.
|
KESIMPULAN
|
20-21
|
4.
|
LAMPIRAN
|
22-26
|
5.
|
RUJUKAN
|
27
|
PENGENALAN
Salah
satu daripada ajaran Islam yang amat penting bagi menjamin kesejahteraan hidup
bermasyarakat ialan amalan hidup berjiran.Secara fitrahnya, manusia tidak boleh
hidup seorang diri atau mengasingkan diri.Oleh itu, Islam telah menekankan
kepentingan menjalinkan hubungan dalam kalngan masyarakat sekeliling.Hubungan
yang baik dapat membentuk sifat saling membantu, bekerjasama, saling
menyayangi, menghormati dan sebagainya.Islam amat menitikberatkan hubungan
kejiranan. Hal ini kerana, hidup berjiran merupakan salah satu cara hidup
Islam. Dalam konteks kejiranan, umat Islam perlu saling menghormati dan
sentiasa menjaga keselamatan diri dan harta benda.Hubungan baik sesama jiran
perlu sentiasa dijaga seperti yang dituntut dalam agama.
Dalam e-folio ini memberikan pendedahan
kepada pelajar mengenai konsep kejiranan yang sebenar.Disebabkan pada zaman
sekarang, konsep kejiranan dalam masyarakat semakin pupus dari masa ke masa.Ini
disebabkan semua orang pada masa ini telah sibuk mengejar kejayaan sampai terhampir
lupa kepentingan kejiranan. Oleh itu , dalam e-folio ini akan mendedahkan
semangat kejiranan, punca punca semangat kejiranan yang semakin luntur,
langkah-langkah memupuk semangat kejiranan,kepenting semangat kejiranan dan
kebaikan kejiranan dalam masyarat .
ISI-ISI PENTING
1.1 SEMANGAT KEJIRANAN
Jiran merupakan orang yang tinggal
berdekatan dan berhampiran dengan kita.Ini dapat memupuk persefahaman dan dapat
menyatupadukan masyarakat yang terdiri pelbagai kaum dinegara kita. Pada zaman
dahulu,hubungan kejiranan sangat rapat bagaikan saudara sendiri. Bak pepatah
‘bagai aur dengan tebing’ berbeza dengan zaman kini yang begitu sibuk dengan
hal sendiri. Bak kata pepatah ‘bagai enau dalam belukar,melepaskan pucuk
masing-masing’.
Apabila kita mempunyai semangat kejiranan
ia merupakan aspek yang penting dalam kehidupan. Jiran haruslah mempunyai sifat
dan semangat untuk menjadikan sebuah masyarakat yang lebih baik.kata pepatah
bersatu kita teguh,bercerai kita roboh.. Perpaduan wujud apabila semangat
kejiranan yang terjalin.Perpaduan yang teguh menjadi dasar pembangunan negara
ke arah yang lebih maju tahun 2020 untuk mencapai status negara maju.Jiran
sepakat membawa berkat.kata-kata ini membawa kesepakatan yang lebih baik.
Semangat kejiranan dapat melahirkan
masyarakat yang harmoni dan sejahtera. Adanya nilai yang baik,saling tolong
menolong,saling bertegur sapa dan menjaga keselamatan.ia dapat mewujudkan satu
suasana yang aman dan harmoni. Antara perkara yang boleh kita lakukan untuk
mengeratkan silaturrahim dengan mengadakan gotong royong. Masyarakat dapat
menghulurkan bantuan antara satu sama lain bagi membersihkan kawasan
persekitaran yang lebih bersih. Hubungan kejiranan bagaikan aur dengan tebing
dapat mewujudkan suasana aman dan harmoni.
Seterusnya, semangat kejiranan yang teguh
dapat melahirkan masyarakat lebih cekap.Hubungan yang baik dapat menjadiakan
hubungan mereka lebih akrab. Semua pekerjaan dapat dilaksankan dengan lebih
teratur,berkerjasama dan lebih cepat mudah. Ia dapat menghasilkan kualiti kerja
yang lebih baik. Semangat kejiranan dapat mewujudkan masyarakat yang bersatu
padu dan perpaduan yang teguh..Di Malaysia terdapat pelbagai kaum dan agama
antaranya bangsa melayu,cina,india dan
bangsa lain dalam sesebuah masyarakat. Setiap kaum mempunyai adat dan tradisi
masing-masing.
Akhir sekali, semangat kejiranan dapat
menjadikan rumah kita lebih selamat daripada ancaman jenayah.Adanya mereka,
kawasan perumahan kita dijaga dengan lebih ketat dengan tertubuhnya persatuan jiran
tetangga. Mereka akan membuat rondaan secara bergilir-gilir bagi mengelakkan
perkara yang tidak diingini terus berlaku.
Dengan adanya rondaan,keselamatan penduduk
lebih terjamin dan ibu dan bapa tidak perlu lagi risau untuk melepaskan anak-anak
bermain disekitar rumah. Kejadian seperti mencuri merompak,dan menculik dapat dielakkan dan
dikurangkan. Kesimpulannya,masyarakat yang sepakat membawa berkat dalam
kehidupan kita seharian..dapat meningkatkan tahap keselamatan yang lebih baik.
1.2 LANGKAH- LANGKAH MEMUPUK SEMANGAT KEJIRANAN
Perpaduan merupakan antara elemen terpenting
dalam pembentukan sesebuah negara yang harmoni. Perpaduan ini dapat dipupuk
dengan semangat kejiranan yang utuh. Sememangnya tidak dapat disangkal bahawa
masyarakat yang bersatu padu bermula dengan adanya semangat kejiranan yang
tersemai dalam jiwa. Oleh itu,setiap individu haruslah memiliki semangat
kejiranan yang tinggi demi mengekalkan keharmonian dan kemakmuran negara yang berbilang
kaum. Namun begitu,semangat kejiranan semakin luntur dalam kalangan masyarakat
kini. Justeru,senario ini haruslah disusuli dengan langkah yang efektif supaya
dapat dibendung sebelum masalah seumpama ini terus menular menjadi barah yang
akan menjejaskan keharmonian negara.
Terdapat pelbagai langkah yang
boleh diambil untuk memupuk semngat kejiranan , antaranya menghidupkan kembali
amalan bergotong-royong .Hal ini membolehkan masyarakat bersama-sama
menjalankan pelbagai aktiviti seperti membersihkan kawasan kediaman,
memperbaiki alat kelengkapan di taman-taman perumahan, menebas semak-samun yang
mungkin menjadi tempat persembunyian para penjenayah dan sebagainya. Amalan
bergotong-royong ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama anggota
masyarakat yang terdiri daripada pelbagai keturunan dan latar belakang.Aktiviti
ini juga boleh melahirkan semangat kerjasama sesama jiran , bak kata pepatah
“hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah”.Oleh itu, kita mestilah
menghidupkan kembali amalan bergotong-royong kerana amalan ini dapat
menyemarakkan semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Di samping itu, kempen mengadakan amalan
rumah terbuka juga merupakan salah satu langkah yang boleh menghidupkan kembali
semangat kejiranan. Melalui amalan ini, ziarah-menziarahi dapat diwujudkan
dalam kalangan masyarakat terutama pada hari-hari perayaan kaum masing-masing.
Amalan rumah terbuka ini memberi ruang kepada masyarakat untuk menjalin
kemesraan walaupun mereka menyambut perayaan yang berbeza. Sebagai contoh,
penduduk berketurunan India menziarahi jirannya yang beragama Islam pada Hari
Raya Aidil Fitri dan orang Iban yang berjiran dengan penganut Kristian akan
mengunjungi jiran mereka pada hari Natal, sekali gus dapat mengeratkan hubungan
kejiranan sesama insan. Oleh itu, kempen amalan rumah terbuka harus
diperhebatkan lagi agar boleh mendatangkan pelbagai manfaat dan kebaikan kepada
seluruh warga Malaysia yang mendiami di bumi bertuah ini.
Setersunya, langkah yang boleh diambil dalam
usaha memupuk semangat kejiranan termasuklah mengamalkan amalan
ziarah-menziarahi. Amalan ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama
jiran. Malah,amalan ziarah-menziarahi ini sangat digalakkan dalam Islam.
Misalnya,apabila jiran bertandang ke rumah,sudah semestinya kita akan menyambut
baik kedatangan mereka dan melayan mereka dengan penuh adab sopan. Hal ini
seterusnya akan melahirkan rasa hormat dan kasih sayang sesama individu. Oleh
itu,amalan ziarah-menziarahi wajar dibudayakan dalam masyarakat.
Akhir sekali, semangat kejiranan yang
semakin luntur tidak wajar dipandang enteng. Sebaliknya, perlulah dianggap
sebagai satu perkara yang sangat penting dalam masyarakat. Kerajaan haruslah
terus melakukan usaha-usaha yang boleh mengukuhkan lagi perpaduan dalam
masyarakat di negara kita. Sebesar rumah bermula dengan seketul bata. Oleh
itu,perpaduan kaum haruslah bermula semangat kejiranan yang utuh.
1.3 PUNCA-PUNCA
SEMANGAT KEJIRANAN SEMAKIN LUNTUR
Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan semangat
kejiranan semakin luntur,antaranya perubahan gaya hidup masyarakat yang terlalu
sibuk dengan hal sendiri serta sibuk mencari rezeki masing-masing. Tiada lagi
masa untuk berborak dan saling tegur menegur antara satu sama lain. Kos sara
yang tinggi menyebabakan masyarakat mengejar kekayaan yang perlu mencari duit
lebih sehingga bekerja lewat malam. Akibatnya, mereka keletihan dan kesuntukan
masa dan tiada lagi masa untuk berjiran.Tidak bertegur sapa. Berbeza dengan zaman
dahulu yang saling memerlukan kerjasama antara mereka untuk mencari sesuap nasi
seperti melakukan pekerjaan bercucuk tanam,pertanian dan sebagainya.
Seterusnya, kemajuan dalam bidang
teknologi atau media massamerupakan factor lunturnya kejiranan. Masyarakat
sekarang terlalu asyik menggunakan kemudahan tersebut dan tidak memerlukan
mereka untuk keluar dan bersusah payah untuk mendapatkannnya.Dengan adanya
kemudahan yang lebih canggih mereka tidak hiraukan orang sekeliling dan budaya
sebegini menyebabkan amalan kunjung-mengunjungi sesame jiran semakin
berkurangan. Ini menyebabkan komunikasi dan sikap ramah-tamah kurang dalam
pergaulan antara satu sama lain. Mereka lebih gemar berkomunikasi dengan
kemudahan canggih tersebut.
Disamping itu, arus pembangunan
yang semakin pesat menyebabkan negara menjadi punca semangat kejiranan
berkurangan. Mereka lebih banyak menghabiskan masa dengan mengunjungi tempat
berkaroke,membeli-belah ,taman permainan dan sebagainya. Kita haruslah
mengurangkan masyarakat yang mementingkan diri sendiri dengan tidak bergaul
sesame jiran. Ini akan menyebabkan masyarakat tidak akan berjaya kerana
perpaduan mereka amatlah rapuh dan mudah dipengaruhi anasir luar. Kesimpulannya.
Pembangunan yang begitu pesat akan melanda negara menjadi punca lunturnya
semangat kejiranan.dalam masyarakat kini.
1.4 KEPENTINGAN
SEMANGAT KEJIRANAN
Kepentingan semangat kejiranan dapat memupuk kerjasama dalam kalangan anggota
masyarakat di sesuatu tempat.
Kerjasama ini boleh
dipupuk melalui penglibatan
anggota masyarakat dalam pelbagai aktiviti yang diadakan di
kawasan tempat mereka tinggal. Aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong, majlis
sambutan perayaan atau
perjumpaan bulanan komuniti
dapat mempertemukan semua jiran,
saling berkenalan dan
merapatkan hubungan. Mereka akan
lebih mesra, saling membantu
bagai aur dengan tebing tanpa
membezakan warna kulit, bangsa atau kepercayaan. Hal ini
menunjukkan bahawa semangat
kejiranan yang dipupuk
dapat membentuk kerjasama dalam
kalangan anggota masyarakat seterusnya membentuk ukhuwah yang kukuh dan ampuh. Selain itu semangat kejiranan juga penting
kerana dapat membentuk semangat
kekitaan dan melahirkan masyarakat
yang bersatu padu.
Semangat kejiranan membolehkan
semua anggota masyarakat memahami antara satu sama lain. Masyarakat yang
berbilang kaum ini boleh mempelajari perbezaan budaya dan sistem sosial masyarakat
lain seterusnya memahami sensitiviti mereka agar dapat bertoleransi,
bekerjasama dan saling menghormati. Tegasnya semangat kejiranan penting dalam
membentuk masyarakat yang
bersatu padu dan
seterusnya dapat memacu pembangunan negara ke arah
kegemilangan.
Seterusnya, semangat kejiranan juga penting kerana dapat
membentuk semangat kekitaan dan melahirkan masyarakat yang bersatu padu.
Mengimbas kembali Peristiwa 13 Mei 1969 menunjukkan bahawa jika masyarakat
tidak bersatu padu dan berpecah-belah, negara akan musnah dan kehidupan anggota
masyarakat tidak akan selesa dan aman. Tuntasnya, semangat kejiranan
membolehkan semua anggota masyarakat memahami antara satu sama lain. Masyarakat
yang berbilang kaum ini boleh mempelajari
perbezaan budaya dan sistem sosial masyarakat lain seterusnya memahami
sensitiviti mereka agar dapat bertoleransi, bekerjasama dan saling menghormati.
Tegasnya semangat kejiranan penting dalam membentuk masyarakat yang bersatu
padu dan seterusnya dapat memacu pembangunan negara ke arah kegemilangan.
Di samping itu, semangat kejiranan juga
penting kepada negara kerana memudahkan kerajaan melaksanakan pelbagai program
pembangunan dan membawa kemajuan kepada rakyat. Slogan Negara Maju Rakyat Sihat
menunjukkan apabila rakyat hidup dalam keadaan sihat sejahtera maka pelbagai
rancangan pembangunan dapat diatur, dirancang dan dilaksanakan secara lancar
tanpa sebarang kekangan. Jika masyarakat dapat hidup bersama dalam suasana yang
aman dan harmoni maka segala kemajuan yang disediakan oleh kerajaan di seluruh
pelosok tanah air akan dapat dinikmati bersama-sama secara adil dan saksama.
Sebagai contohnya, kerajaan telah berupaya membina pelbagai kemudahan dan infrastrukutr
di kawasan taman-taman perumahan seperti dewan orang ramai, balai raya, taman
permainan kanak-kanak mahupun pusat komuniti atas inisiatif, semangat kejiranan
dan perpaduan yang ditunjukkan oleh anggota masyarakat di sesetengah kawasan
tempat tinggal. Jelaslah semangat kejiranan penting bagi membantu anggota
masyarakat dalam suatu kawasan kejiranan menikmati pelbagai kemudahan awam yang
disediakan oleh pihak kerajaan.
Negara yang cemerlang lahir daripada
rakyatnya yang berhemah tinggi dan hidup bersatu padu seia sekata . Jika
masyarakat dapat berganding bahu dan saling mengekalkan kehidupan yang harmoni
maka negara akan melakar kejayaan gemilang. Semangat kejiranan merupakan salah
satu elemen penting dan vital yang membantu melahirkan anggota masyarakat yang
harmoni, mempunyai jati diri dan
semangat cinta akan negara . Melalui hubungan kejiranan, pelbagai
aktiviti berbentuk pemupukan nilai-nilai patriotisme dapat diimplimentasikan.
Sebagai contoh, mengibarkan jalur gemilang, mengadakan pameran sempena ulang
tahun kemerdekaan negara ataupun menyertai perarakan dalam sesebuah pesta.
Datuk Azhar Bin Mansor merupakan contoh
paling jelas, dan atas sokongan rakyat
Malaysia membolehkan beliau melakukan pelayaran solo mengelilingi dunia sambil
mengibarkan jalur gemilang dengan penuh kejayaan. Hal Ini jelas menunjukkan
keharmonian kehidupan rakyat Malaysia membolehkan mereka melakukan sesuatu hal dan perkara yang amat
hebat bagi melaonjakkan Malaysia di persada antarabangsa.
Semangat kejiranan yang wujud dalam kalangan
masyarakat Malaysia yang berbilang kaum juga penting sebagai produk
pelancongan. Sesungguhnya, kedatangan pelancong asing ke negara ini banyak
disebabkan kehidupan masyarakat Malaysia yang unik, mempunyai pelbagai seni
budaya yang menarik dan hidup secara harmoni dalam komuniti kejiranan.
Sesungguhnya, perpaduan masyarakat banyak membantu menarik kehadiran pelancong terutamanya ketika musim perayaan besar.
Sebagai contohnya pada sambutan Hari Kemerdekaan, Majlis Rumah Terbuka dan
sambutan pesta-pesta tertentu menampilkan perpaduan masyarakat berbilang kaum
di negara kita yang amat disukai oleh
para pelancong asing tersebut . Selain di kawasan bandar, produk pelancongan
seperti Program Homestay atau Inap Desa di kawasan luar bandar juga dapat
menunjukkan semangat hidup berjiran dalam kalangan masyarakatnya . Maka
sememangnya semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat Malaysia sangat
berfaedah dan membawa pulangan ekonomi yang begitu memberangsangkan kepada negara.
1.5 KEBAIKAN
MENGAMALKAN SEMANGAT KEJIRANAN
Antara kebaikan semangat kejiranan ialah
kita akan mudah mendapat bantuan jika kita menghadapi sesuatu masalah. Seperti
yang kita sedia maklum bahawa kehidupan kita tidak dapat lari daripada perkara
luar dugaan seperti kebakaran, kemalangan atau kematian. Jika kita menghadapi
sesuatu bencana sudah tentunya jiranlah
orang yang paling cepat dapat membantu kita. Begitu juga jlka kita sakit, jiranlah yang kita harapkan untuk menghantar kita ke
klinik atau hospital bagi mendapatkan rawatan.
Selain itu, semangat kejiranan yang
terjalin akan menjamin keselamatan tempat tinggal kita. Semangat kejiranan akan
mendorong jiran kita menjaga keselamatan tempat tinggal kita. Jika jiran kita
mendapati ada orang yang tidak dikenali datang atau memasuki rumah kita pada
waktu kita tiada di rumah, jiran pasti akan menghubungi kita. Contoh pada musim
perayaan, jika kita pulang ke kampung untuk menziarahi rumah saudara-mara,
jiranlah orang yang kita harapkan dapat membantu menjaga rumah kita. Kebaikan
lain semangat kejiranan ialah jiran akan dapat membantu kita dalam menjayakan
majlis keramaian. Majlis keramaian yang kita adakan kadangkala memerlukan
bantuan jiran di sekeliling kita. Dengan adanya bantuan jiran ini majlis
tersebut menjadi ringan dan berjaya dilaksanakan.
Kebaikan semangat kejiranan yang seterusnya
ialah jiran akan dapat membantu kita dalam menjayakan majlis keramaian. Majlis
keramaian yang kita adakan kadangkala memerlukan bantuan jiran di sekeliling
kita. Dengan adanya bantuan jiran ini majlis tersebut menjadi ringan dan
Berjaya dilaksanakan. Semangat kejiranan yang terjalin juga membolehkan gejala
negatif di tempat tinggal kita dicegah. Jiran yang baik, pastinya dapat
mendidik dan menasihati anak mereka agar
tidak melakukan perkara negatif yang boleh mengganggu ketenteraman membuat
bising dan perkara berbahaya di kawasan kejiranan
Di samping itu, semangat kejiranan membantu
memupuk semangat perpaduan dikalangan
rakyat dalam Negara kita. Perpaduan yang terjalin akan membolehkan rakyat hidup
dalam keadaan aman dan damai.
1.6 LANGKAH-LANGKAH MEMUPUK SEMANGAT KEJIRANAN
Perpaduan merupakan antara elemen terpenting
dalam pembentukan sesebuah negara yang harmoni.Perpaduan ini dapat dipupuk
dengan semangat kejiranan yang utuh.Sememangnya tidak dapat disangkal bahawa
masyarakat yang bersatu padu bermula dengan adanya semangat kejiranan yang
tersemai dalam jiwa. Oleh itu,setiap individu haruslah memiliki semangat
kejiranan yang tinggi demi mengekalkan keharmonian dan kemakmuran negara yang
berbilang kaum. Namun begitu,semangat kejiranan semakin luntur dalam kalangan
masyarakat kini. Justeru,senario ini haruslah disusuli dengan langkah yang
efektif supaya dapat dibendung sebelum masalah seumpama ini terus menular
menjadi barah yang akan menjejaskan keharmonian negara.
Antara
langkah yang boleh diambil dalam usaha memupuk semangat kejiranan termasuklah
mengamalkan amalan ziarah-menziarahi.Amalan ini dapat mengeratkan hubungan
silaturahim sesama jiran. Malah,amalan ziarah-menziarahi ini sangat digalakkan
dalam Islam. Misalnya,apabila jiran bertandang ke rumah,sudah semestinya kita
akan menyambut baik kedatangan mereka dan melayan mereka dengan penuh adab
sopan. Hal ini seterusnya akan melahirkan rasa hormat dan kasih sayang sesama
individu. Oleh itu,amalan ziarah-menziarahi wajar dibudayakan dalam masyarakat.
Selain itu,semangat kejiranan dapat
turut dipupuk melalui amalan gotong-royong. Amalan gotong-royong sememangnya
membawa banyak manfaat kepada masyarakat.Halini kerana apabila segolongan
masyarakat bersatu menjalankan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan
perumahan, mereka bukan sahaja dapat memelihara kebersihan tempat kediaman
mereka malah dapat mengeratkan hubungan sekaligus memupuk semangat kerjasama.Di
samping itu, nilai kerjasama dan masyarakat yang prihatin juga dapat
diwujudkan. Justeru,masyarakat mestilah melibatkan diri dalam aktiviti seumpama
ini untuk kebaikan bersama.
Tambahan pula,rumah-rumah terbuka
yang lazimnya diadakan ketika musim perayaan wajar dilihat sebagai satu langkah
yang efektif dalam usaha memupuk semangatkejiranan. Negara kita yang mempunyai
masyarakat yang berbilang kaum membolehkan kita melihat pelbagai jenis adat dan
budaya.Apabila rumah terbuka diadakan,masyarakat akan dapat mengenali adat dan
budaya kaum lain.
Hal
ini akan dapat mewujudkan pers efahaman dan sekaligus mengelakkan perselisihan
faham yang boleh menjejaskan perpaduan kaum. Oleh itu,amalan rumah terbuka ini
wajar diteruskan dalam masyarakat.
Akhir sekali, semangat kejiranan yang
semakin luntur tidak wajar dipandang enteng.Sebaliknya, perlulah dianggap
sebagai satu perkara yang sangat penting dalam masyarakat.Kerajaan haruslah
terus melakukan usaha-usaha yang boleh mengukuhkan lagi perpaduan dalam
masyarakat di negara kita.Sebesar rumah bermula dengan seketul bata. Oleh
itu,perpaduan kaum haruslah bermula semangat kejiranan yang utuh.
1.7 KEPENTINGAN
SEMANGAT KEJIRANAN
Semangat kejiranan merupakan aspek
yang penting dalam kehidupan.Ianya perlu diterapkan dalam diri dan seluruh
masyarakat.Jiran perlualah mempunyai semangat dalam menjadikan sesebuah
masayrakat yang lebih baik.Kita perlu memelihara semangat kejiranan kerana
ianya dapat mengukuhkan lagi ukhuwwah dalam sesebuah masyarakat.Bermula
daripada semangat kejirana inilah terjalinnya perpaduan yang teguh.Perpaduan
yang teguh menjadi dasar pembangunan negara ke erah yang lebih baik serta
mencapai status negara maju. Jiran Sepakat Membawa Berkat, kata-kata ini
menunjukkan bahawa kesepakatan dalam masyarakat dapat menghasilkan sesuatu yang
baik. Semangat kejiranan mempunyai banyak kepentingan kepada masyarakat.Apakah kepetingan-kepentingan
tersebut?
Semangat kejiranan dapat melahirkan
masyarakat yang harmoni dan sejahtera.Masyarakat yang mengamalkan sifat yang
baik seperti tolong-menolong, saling bertegur sapa dan menjaga keselamatan
masyarakat dapat mewujudkan satu suasana yang tenang dan aman.Masyarakat harus
melakukan perkara yang baik mengekalkan keamanan yang terpelihara. Tamsilan
yang jelas dapat dilihat dalam aktiviti bergotong-royong, masyarakat sentiasa
menghulurkan bantuan antara satu sama lain dalam membersihkan kawasan
perumahan. Hubungan jiran bagai aur denagn tebing dapat meningkatkan lagi
semangat kejiranan dalam sesebuah masyarakat.Sejajar dengan hal ini, masyarakat
dapat menjalani kehidupan dalam suasana aman dan harmoni.
Selain itu, semangat kejiranan yang
teguh dapat menjadikan sesebuah masyarakat itu lebih cekap dalam melaksanakan
sesebuah program.Hubungan mereka amat akrab dan boleh meningkatkan ramai
kenalan dalam sesebuah masyarakat.Sesuatu pekerjaan dapat dilaksanakan dengan
cepat dan lancar dengan bantuan ramai pihak.Jika masyarakat bertindak bagai
enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing, sesuatu pekerjaan atau
program tidak dapat dilaksanakan dengan cekap. Contohnya, jiran membantu jiran
yang lain dalam mengadakan kenduri dengan bersama-sama menyediakan makanan
untuk tetamu dan mendirikan khemah untuk para tetamu. Lantaran itu, pekerjaan
dapat diselesaikan dengan mudah.Bukan itu sahaja, hubungan yang erat dapat
diwujudkan ketika melakukan pekerjaan bersama-sama.Masyarakat yang memupuk
semangat kejiranan dapat melaksanakan sesuatu pekerjaan dengan lebih cekap dan
menghasilkan sesuatu yang lebih baik.
Di samping itu, masyarakat juga boleh
memupuk semangat perpaduan.Semangat kejiranan yang mantap dapat mewujudkan masyarakat
yang bersatu padu dan perpaduan yang teguh. Perpaduan juga sama pentingnya
seperti semangat kejiranan. Kehidupan negara Malaysia memerlukan perpaduan yang
teguh.Hal yang demikian, Malaysia mempunyai pelbagai kaum dan agama.Negara kita
dikagumi seluruh dunia kerana mempunyai perpaduan yang erat. Perkara ini dapat
dibuktikan dengan kehadiran bangsa Melayu, Cina, India dan bangsa lain dalam
sesebuah masyarakat. Setiap kaum perlu mengetahui adat dan tradisi kaum lain
untuk mengelakkan daripada menimbulkan isu sensitif. Semangat kejiranan yang
mantap dapat mengelakkan situasi ini daripada berlaku kerana hubungan yang erat
antara kaum.Oleh itu, masyarakat perlu mempunyai semangat kejiranan yang tinggi
supaya dapat mewujudkan perpaduan yang teguh.
Seterusnya,
semangat kejiranan dapat menjadikan sesebuah kawasan itu selamat.Kawasan
perumahan perlu ditingkatkan keselamatannya supaya keamanan dalam sesebuah
masyarakat terjamin.Kejadian seperti mencuri, merompak dan menculik sering
berlaku dalam kawasan perumahan.Masyarakat harus meningkatkan keselamatan
kawasan tersebut untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini
berlaku.Masyarakat boleh menubuhkan persatuan jiran tetangga dengan membuat
rondaan pada waktu malam.Dengan itu, keselamtan penduduk terjamin. Ibu bapa
akan berasa lebih senang melepaskan anak-anak bermain di sekitar kawasan
perumahan. Kejadian seperti mencuri, merompak dan menculik dapat dielakkan dan
dikurangkan.Kesimpulannya, kesepakatan masyarakat dalam membuat sesuatu perkara
dapat meningkatkan tahap keselamatan sesebuah masyarakat.
Semangat kejiranan dalam sesebuah
masyarakat dapat menarik minat pelancong untuk datang bercuti di
Malaysia.Malaysia yang mempunyai perpaduan yang teguh akibat semangat kejiranan
masyarakat pelbagai kaum menarik minat warga asing untuk melihat sendiri
perpaduan kaum tersebut.Pelancong memerhati sikap masyarakat Malaysia yang baik
dan mempunyai hubungan yang erat antara kaum mengagumkan mereka.Semangat
kejiranan yang mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni dan aman sejahtera
dapat meningkatkan lagi ekonomi Malaysia dengan kedatangan pelancong.Oleh itu,
semaangat kejiranan bukan shaja bertumpu kepada sesebuah masyarakat tetapi
ianya juga mendatangkan kebaikan kepada negara.
Secara kesimpulannya, terdapat banyak
kepentingan yang diperoleh daripada semangat kejiranana.Semangat kejiranan amat
penting dalam melahirkan masyarakat harmoni, suasana yang aman dan perpaduan
yang teguh.Kepentingan semangat kejiranan membawa kebaikan kepada diri masyarakat
dan negara.Masyarakat yang maju dalam semua aspek seperti rohani, intelektual
dan adab dapat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju.Untuk
mencapai Wawasan 2020, kerjasama semua pihak amat digalakkan supaya dapat
merealisasikan perkara ini.Semangat kejiranan yang rapuh tidak menjamin
keamanan negara dan memerlukan kesepakatan rakyat Malaysia seperti Jiran
Sepakat Membawa Berkat.Oleh itu, semangat kejiranan amat penting dalam
kehidupan bermasyarakat.
1.8 KEBAIKAN
MENGAMALKAN SEMANGAT KEJIRANAN
Antara kebaikan semangat kejiranan
ialah kita akan mudah mendapat bantuan jika kita menghadapi sesuatu masalah.
Seperti yang kita sedla maklum bahawa kehidupan kita tidak dapat lari daripada
perkara luar dugaan seperti kebakaran, kemalangan atau kematian. Jika kita
menghadapi sesuatu bencana sudah
tentunya jiranlah orang yang paling cepat dapat membantu kita. Begitu juga jlka
kita sakit, jiranlah yang kita harapkan
untuk menghantar kita ke klinik atau hospital bagi mendapatkan rawatan.
Selain itu, semangat kejiranan yang
terjalin akan menjamin keselamatan tempat
tinggal
kita. Semangat kejiranan akan mendorong jiran kita menjaga keselamatan tempat
tinggal kita. Jika jiran kita mendapati ada orang yang tidak dikenali datang
atau memasuki rumah kita pada waktu kita tiada di rumah, jiran pasti akan
menghubungi kita. Contoh pada musim perayaan, jika kita pulang ke kampung untuk
menziarahi rumah saudara-mara, jiranlah orang yang kita harapkan dapat membantu
menjaga rumah kita.
Kebaikan lain semangat kejiranan
ialah jiran akan dapat membantu kita dalam menjayakan majlis keramaian. Majlis
keramaian yang kita adakan kadangkala memerlukan bantuan jiran di sekeliling
kita.Dengan adanya bantuan jiran ini majlis tersebut menjadi ringan dan Berjaya
dilaksanakan.
Semangat kejiranan yang terjalin
juga membolehkan gejala negatif di tempat tinggal kita dicegah. Jiran yang
baik, pastinya dapat mendidik dan menasihati
anak mereka agar tidak melakukan perkara negatif yang boleh mengganggu
ketenteraman membuat bising dan perkara berbahaya di kawasan kejiranan
Di samping itu, semangat kejiranan
membantu memupuk semangat perpaduan
dikalangan rakyat dalam Negara kita. Perpaduan yang terjalin akan membolehkan
rakyat hidup dalam keadaan aman dan damai.Nyatalah semangat kejiranan banyak
memberi manfaat baik kepada diri sendiri, penduduk setempat dan masyarakat
umumnya.Manfaat yang lebih besar lalah semangat kejiranan ini dapat mendorong
terjalinnya hubungan baik antara kaum dan membawa kepada perpaduan kaum.
1.9 ADAB-ADAB HAN
HAK-HAK JIRAN
1.
Sentiasa mewujudkan suasana kemesraan melalui usaha kenal-mengenal dan
hormat-menghormati antara satu sama lain. Antara caranya dengan memulakan salam
jika bertemu dengan sesama Muslim atau ucapan penghormatan yang baik jika
bertemu dengan bukan Muslim. Sentiasa bertoleransi samada yang melibatkan
urusan keagamaan, adat resam, budaya, cara hidup dan lain-lain lagi.
2.
Tidak menyakiti mereka samada melalui perkataan, perbuatan atau sekadar
sangkaan buruk.Jiran yang jahat dan tidak berakhlak digambarkan sebagai lembaga
hitam yang telah dirasuk syaitan sehingga tergamak melakukan kejahatan dan
kedurjanaan sehingga menimbulkan ketakutan dan kegerunan kepada insan lain.
Sehubungan
dengan perkara ini Rasulullah SAW pernah bersabda; “ Demi Allah tidak beriman,
demi Allah tidak beriman, demi Allah tidak beriman. Sahabat bertanya: “Siapakah
(yang tidak beriman itu) ya Rasulullah?. Rasulullah SAW menjawab : Orang yang
menyebabkan jirannya tidak merasa aman (selamat dan tenteram) lantaran
kejahatannya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim) Dalam hadis yang lain dinyatakan
bahawa Rasulullah SAW bersabda; “ Tidak masuk syurga barangsiapa yang jirannya
tidak merasa aman (selamat dan tenteram) lantaran kejahatannya.” (Riwayat
Muslim)
3.
Sentiasa menuturkan kata-kata yang baik dan menghormati mereka sebagai manusia.
4.
Sentiasa merendahkan diri dan berlemah-lembut dengan mereka dan mengelak diri
dari bersikap takabbur.
5.
Sentiasa bersedia memberikan sebarang
bentuk bantuan dan pertolongan yang diperlukan.
6.
Menyintai mereka seperti mana kita
menyintai diri kita sendiri. Oleh yang demikian kita hendaklah sentiasa
berusaha untuk melakukan perkara yang menjadi kesukaan mereka, selagi tidak
bertentangan dengan syariat agama dan sama-sama berusaha menghindarkan
perkara-perkara yang mereka tidak sukai.
7.
Sentiasa mengambil berat dan bersimpati terhadap segala permasalahan yang
sedang mereka hadap,i sama ada yang berkaitan dengan masalah keagamaan,
kekeluargaan atau rumah tangga, kejiwaan, kesihatan, pelajaran, , kewangan,
makan-minum, dan sebagainya. Sentiasa mempamerkan akhlak yang mulia sesama
jiran sehingga akhirnya melahirkan perhubungan kejiranan yang lebih mesra dan
lebih akrab.
8.
Tidak memandang rendah dan saling menghina sesama jiran, sebaliknya hendaklah
sentiasa hormat menghormati dan harga-menghargai, termasuklah menghargai dan
berterima kasih terhadap apa jua pemberian, khidmat dan pertolongan yang
diberikan.
9.
Mengutamakan jiran yang terdekat rumahnya dengan rumah kita. Penetapan jiran
terdekat ialah 40 buah rumah yang berada di sekeliling rumah kira, sama ada di
kiri, kanan, hadapan dan belakang. Terdapat tiga kategori jiran. Pertama, jiran
muslim yang ada hubungan kekeluargaan, mereka mempunyai tiga hak iaitu sebagai
jiran, keluarga dan seorang Muslim. Kedua, jiran Muslim yang mempunyai dua hak,
iaitu hak jiran dan hak seorang Muslim dan Ketiga Jiran Bukan Islam, yang
mempunyai satu hak iaitu hak jiran.
10.
Sentiasa berusaha mewujudkan suasana
aman, damai, tenteram, sejahtera dan ceria dalam kehidupan berjiran. Faktor
inilah juga yang menyebabkan Rasulullah SAW menyatakan bahawa antara
rukun-rukun kebahgiaan ialah ‘jiran yang baik’.
11.
Sentiasa memelihara diri agar tidak melakukan sebarang kesalahan dan kerosakan
serta mencemar maruah dan diri jiran, termasuklah terhadap isterinya,
anak-anaknya, harta bendanya dan lain-lain lagi.
12.
Elakkan sikap terlalu suka mengambil tahu hal ehwal peribadi dan keluarganya,
kecuali setelah mereka sendiri mengadu untuk mendapatkan bantuan kita untuk
menyelesaikannya.
13.
Bantulah mereka apabila mereka ditimpa kesusahan dan mala petaka, agar hati
mereka menjadi tenang dan tenteram.
14.
Rasakan kesusahan jiran seperti kesusahan yang kita tanggung sendiri dan
zahirkan kegembiraan ketika mereka bergembira, sama ada ketika mendapat rumah
baru, perabut baru, kelahiran anak baru, mendapat menantu dan sebagainya.
15.
Elakkan dari memerhatikan barangan atau apa sahaja yang dibeli atau yang dibawa
pulang ke rumahnya.
16.
Tidak cuai untuk menyeru mereka kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran
dengan cara yang paling berhikmah.
17.
Sentiasa bersabar di atas segala perlakuan buruk yang dillakukan oleh jiran,
sebaik-baiknya kita hendaklah sentiasa bersedia untuk memaafkan segala
kesalahan dan kesilapan dan tidak membalas segala kejahatan tersebut,
sebaliknya membalasnya dengan kebaikan.
18.
Jangan mudah terpengaruh dengan fitnah atau umpatan orang lain terhadap diri
mereka.
19.
Menziarahi mereka ketika mereka sedang sakit.
20.
Mengurus jenazah mereka setelah mereka meninggal dunia.
21.
Tidak menghebahkan segala kesalahan, keaiban dan kesilapan jiran.
22.
Memberikan segala bentuk pinjaman yang mereka perlukan.
23.
Berlemah-lembut dengan anak-anaknya.
24.
Menjaga keselamatan rumah atau anak-anak mereka, ketika mereka tiada di rumah.
25.
Mengucapkan tahniah ketika sempena-sempena tertentu, terutama ketika mereka memperolehi kebaikan dan kurniaan dari Allah.
26.
Mengucapkan takziah ketika mereka ditimpa mala petaka dan bencana.
27.
Tidak membina bangunan yang tinggi sehingga menutup laluan angin ke dalam
rumahnya, kecuali setelah mendapat restu dan izin darinya. Jangan menyusahkan
mereka, seperti meletakkan sesuatu yang boleh menghalang laluan ke rumah
mereka.
28.
Tidak menyakiti mereka melalui bauan enak dari masakan yang kita masak dari
rumah kita. Digalakkan agar kita memberikan sedikit daripada masakan tersebut
untuk mereka nikmati.
29.
Menghadiahkan mereka dengan buah-buahan yang kita beli.
30.
Sentiasa mendoakan keselamatan dan kebahagian jiran
KESIMPULAN
Sebagai kesimpulan, hubungan yang
lebih erat antara jiran dalam masyarakat merupakan ciri masyarakat yang
berkualiti dan prodaktif. Selain itu,perpaduan juga dalah kunci kemakmuran dan
sejahteraan negara. Tanpa perpaduan negara kita mungkin akan berpecah belah,dan
masyarakat tidak dapat hidup dalam keadaan aman dan aman. Perpaduan yang lahir
daripada hubungan baik sesama jiran. Jiran yang baik memupuk semangat
tolenrasi,saling mempercayai,saling tolong menolong dan mengamalkan sikap
bertanggungjawab sesama mereka. Jika tidak dijaga ini akan menjadi permusuhan
dan akhirnya membawa kepada perbalahan dan perpecahan negara. Oleh yang demikian,semangat
kejiranan memainkan peranan yang amat penting dalam menjana kehidupan yang
sempurna,aman dana harmoni.
Kemakmuran sesebuah negara amat
bergantung pada kemantapan dan kutuhan hubungan dalam setiap lapisan
masyarakat. Hubungan yang erat antara jiran dalam masyarakat merupakan
ciri masyarakat yang berkualiti. Selain itu , perpaduan juga adalah kunci
kemakmuran dan kesejahteraan negara. Tanpa perpaduan, negara akan berada dalam
keadaan kucar-kacir dan masyarakat tidak lagi dapat hidup dalam keadaan aman
dan damai. Perpaduan dapat dilahirkan melalui hubungan baik sesama jiran. Jiran
yang baik ialah jiran yang berjaya memupuk semangat tolenrasi, saling
mempercayai dan mengamalkan perkongsian pintar sesama mereka. Sekiranya hal ini
diabaikan, maka lambat-laun akan tercetuslah bibit-bibit permusuhan yang
akhirnya membawa kepada perbalahan dan perpecahan. Oleh itu , semangat
kejiranan memainkan peranan yang amat penting dalam menjana kehidupan setempat
yang aman dan harmoni.
Semangat kejiranan merupakan sebahagian
daripada amalan dan menjadi budaya masyarakat di Malaysia yang menjadikan
negara kita unik pada pandangan masyarakat di luar sana malah dikenali di
seluruh dunia. Tuntasnya, Semangat kejiranan bukan sahaja penting dalam mengekalkan
suasana harmoni dalam kalangan rakyat di negara kita malah sumbangannya cukup
besar terutamanya bagi memastikan Malaysia terus cemerlang dan mampu berdaya
saing pada masa akan datang kerana
rakyatnya yang bersahsiah terpuji bagi melahirkan modal insan berminda
kelas pertama yang dapat memacu negara tercinta ke arah kegemilangan
.
Adanya
semangat kejiranan menjadikan budaya masyarakat di Malaysia menjadi lebih unik
pandangan orang luar negara. Tuntasnya, semangat kejiranan dapat mengkekalkan
keharmonian dalam kalangan rakyat malah
memberi sumbangan cukup besar bagi memastikan Malaysia terus cemerlang,gemilang
dan terbilang pada masa hadapan. Ini menjadi modal insan kearah kegemilangan
negara.
Kesimpulannya, pentingnya peranan
jiran dalam menentukan kemakmuran dan kesejahteraan sesebuah negara. Hanya
negara yang aman dan makmur sejahtera sahaja akan dapat meneruskan agenda yang
lebih gemilang dan terbilang pada masa akan datang.
LAMPIRAN
RAJAH
1
RAJAH 2
SALING TOLONG-MENOLONG
MEMBERSIHKAN KAWASAN PERUMAHAN.
RAJAH
3
PERPADUAN
ANTARA KAUM ADALAH PENTING DALAM MASYARAKAT SUPAYA DAPAT HIDUP DALAM SUASANA
YANG MAKMUR.
RAJAH 4
GOTONG-ROYONG
BERSAMA-SAMA DAPAT MEMUPUK SEMANGAT BEKERJASAMA ANTARA SATU SAMA LAIN.
RAJAH 5
TOLONG-MENOLONG
ANTARA SATU SAMA LAIN.
RAJAH 6
JIRAN IALAH ORANG YANG
TINGGAL BERDEKATAN DENGAN KITA.
RAJAH 7
SENTIASA
MENEGUR JIRAN SESAMA SENDIRI.
RAJAH 8
HIDUP
BERJIRAN PERLU BERBAIK SANGKA.
RAJAH 9
CIRI-CIRI
JIRAN YANG BAIK
RAJAH 10
JIRAN
SEPAKAT MEMBAWABERKAT.
RUJUKAN
Ø http://documents.tips/documents/kepentingan-semangat-kejiranan-55b515360a7bf.html
Ø Al-Quran ,Surah An-Nisa
ayat-36
Ø Buku teks komunikasi
dan penyiaran dalam islam
Ø http://serangga07.multiply.com/journal/item/21
The Casino - DrmCAD
ReplyDeleteFind out about all 서울특별 출장샵 the 수원 출장안마 gaming information, promotions, and games that are 강릉 출장마사지 coming to this popular casino. We have also had casino bonuses 원주 출장샵 and slots 동두천 출장샵 to give you